BERSATU-BERSETIA-BERKHIDMAT

BERSATU-BERSETIA-BERKHIDMAT

Monday 19 December 2011

SEPANJANG 2011...UMNO GOPENG & RAKYAT




















SALAM...


Assalamualaikum...Salam 1 Malaysia, Salam Perak AmanJaya.
Alhamdullillah syukur kehadrat Allah swt kerana dengan izinNya dapat kita bersua dialam maya. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan di blog ini untuk menyampaikan salam takzim dari YAB Perdana Menteri Malaysia yang kita sayangi, Juga ingin menyampaikan salam dari YAB Menteri Besar Perak kepada semua yang berkesempatan membaca serta singgah di blog saya. 
Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada saudara serta saudari yang meluangkan masa untuk bersama saya di blog saya. 
Dikesempatan ini, saya ingin mengajak saudara serta saudari bersama-sama dengan saya untuk kita meneruskan agenda perjuangan kita demi nasib anak bangsa kita pada masa hadapan. 
Harus diingat, lanskap politik hari ini telah jauh berubah. Maka kita harus merapatkan saf untuk kita memastikan UMNO dan bangsa kita akan terus terpelihara dibumi yang bertuah ini.
Generasi akan datang akan hanya dapat dijamin hidup yang sempurna hasil dari apa yang kita lakukan hari ini sepertimana nikmat yang kita kecapi hari ini adalah merupakan hasil usaha yang telah dilakukan oleh generasi sebelum ini.
Marilah kita sama-sama menjayakan cita-cita dan impian YAB Perdana Menteri kita iaitu 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Untuk mencapai cita-cita tersebut kita harus memantapkan organisasi kita dan bergerak bersama-sama.Tidak mungkin saya dapat bergerak bersaorangan tanpa bantuan dari saudara dan saudari sekelian. 
Sepanjang saya menerajui kepimpinan diperingkat bahagian, sokongan dan dokongan dari saudara serta saudari sekelian telah banyak membantu untuk meyakinkan rakyat akan erti sebenar perjuangan UMNO.
UMNO telah banyak berjasa kepada kita dan kita juga akan memastikan UMNO terus berjasa kepada generasi yang akan datang.
Akhir kata, sebagai pembuka bicara di blog saya, pandangan serta idea dari saudara saudari sekelian amat dialukan demi untuk kita memperbaiki kekurangan yang ada serta terus memberikan khidmat yang cemerlang kepada rakyat!!! 
Sekian, Wassalam...

DATUK HAMZAH BIN KASIM
Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Perak